Khamis, 22 November 2012


Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Mata Pelajaran                      :  Matematik
Kelas                                      :  2 Kuning
Tarikh                                     :  30 Oktober 2012
Masa                                       :  8.45 pagi – 9.15 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid                     :  37 Murid      
                       
Tajuk                                      :  8. Wang hingga RM100
           
Objektif  Pembelajaran         :  8.1 Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia

Hasil  Pembelajaran              : Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
i)              Mengenal pasti mata wang kertas RM 50 dan RM 100
ii)             Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang
                                                memberikan jumlah nilai yang tertentu hingga RM 100

Pengetahuan Sedia Ada      :  Murid telah mempelajari asas mengenal dan menyebut nilai    
                                                   wang Malaysia di Tahun 1.

Bahan Bantu Mengajar        :    1. Contoh wang kertas
      2. Contoh duit syiling
                                                      3.  Kad nombor
                                                      4. Gambar aiskrim
                                                      5. Gambar beg sekolah
                                                      6. Gambar baju
      5. Lembaran kerja

Nilai                                        :     1.  Bekerjasama
                                                      2.  Ketelitian
                                                      3.  Berani mencuba
                                                      4.  Prihatian


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid

Set Induksi
(3 minit)

Mengira  wang saku
1.Guru menanyakan soalan kepada murid.
Contoh :
  1. Adakah ibu bapa memberi wang saku kepada kamu?

2.Guru meminta beberapa orang murid mengambil keluar wang saku mereka.
3.Guru mengira wang saku dengan semua murid.
4.Guru memasuki tajuk Wang hingga 100.

1.Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
Contoh jawapan:
  1. Ada.



2. Murid yang dipanggil itu mengambil keluar wang saku.
3. Murid mengira wang saku dengan guru.
Teknik:
Penyoalan secara kelas

Perkembangan
1
(8 minit)


Menyebut nilai wang yang ditunjukkan
1.Guru menunjukkan kad nombor dan menampalkan kad nombor yang bertanda harga RM32.70  itu di papan hitam.

2.Guru meminta murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan itu.
3.Guru menjelaskan gabungan nilai wang bagi RM 32.70 dengan contoh wang kertas dan contoh duit syiling.
Contoh :
a. RM 10 + RM 10+ RM 10 + 50 sen +
 20 sen = RM 32.70

4. Ulang aktiviti  2 dan 3 bagi kad nombor yang lain, contoh kad nombor yang bertanda harga RM60.55 dan RM86.20.

1 Murid memerhatikan kad nombor.





2.Murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan itu.

3. Murid memberi prihatian.
Teknik:
Penyoalan secara kelas

Perkembangan
2
(10 minit)


Menyebut nilai wang dan menampalkan wang kertas yang tertentu
1. Guru menunjukkan gambar aiskrim yang telah berharga RM7.90.

2. Guru meminta murid menyebut nama barang dan menyatakan harga barang.
3. Guru meminta seorang murid menampalkan contoh wang kertas bagi   RM 7.90 di papan hitam.
4. Guru membincangkan hasil kerja murid tersebut dengan semua murid.
5.Ulang aktiviti 1 dan 4 bagi gambar yang lain, contoh gambar beg sekolah yang bertanda harga RM56.25 dan gambar baju yang bertanda harga RM84.

1. Murid memerhatikan gambar aiskrim.


2. Murid menyebut nama barang dan menyatakan harga barang.

3. Murid menampalkan contoh wang kertas bagi
RM 7.90.




Nilai murni :
Berani mencuba

Perkembangan 3
(6 minit)


Lembaran kerja
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid.



2. Guru membincang hasil kerja dengan murid.
1.  Murid menyiapkan lembaran kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. Murid memberi jawapan apabila guru bertanya.
3. Murid memeriksa latihannya.

Teknik:
Penyoalan secara kelas

Penutup
(3 minit)

Menyebut nilai wang
1. Guru menunjukkan contoh duit syiling dan contoh wang kertas.
2. Guru meminta murid menyebut nilai wang.

1. Murid memerhatikan contoh duit syiling dan wang kertas.
2. Murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan.

Teknik:
Penyoalan secara kelas

Rabu, 14 November 2012


Apa itu Matematik?
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia “sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu”. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.