Rabu, 28 November 2012
Khamis, 22 November 2012
Rancangan
Pengajaran Harian (RPH)
Mata Pelajaran : Matematik
Kelas : 2 Kuning
Tarikh : 30 Oktober
2012
Masa : 8.45 pagi – 9.15 pagi ( 30 minit )
Bilangan Murid : 37 Murid
Tajuk :
8. Wang hingga RM100
Objektif Pembelajaran : 8.1
Mengenal dan menyebut nilai mata wang Malaysia
Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:
i)
Mengenal pasti mata wang kertas RM 50 dan RM
100
ii)
Menyatakan gabungan beberapa keping wang yang
memberikan
jumlah nilai yang tertentu hingga RM 100
Pengetahuan
Sedia Ada : Murid telah mempelajari asas mengenal dan menyebut
nilai
wang
Malaysia di Tahun 1.
Bahan Bantu Mengajar :
1. Contoh wang kertas
2.
Contoh duit syiling
3.
Kad nombor
4. Gambar aiskrim
5. Gambar beg sekolah
6. Gambar baju
5. Lembaran
kerja
Nilai : 1.
Bekerjasama
2.
Ketelitian
3.
Berani mencuba
4.
Prihatian
Langkah/Masa
|
Isi Pelajaran
|
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
|
Catatan
|
|
Aktiviti Guru
|
Aktiviti Murid
|
|||
Set Induksi
(3 minit)
|
Mengira
wang saku
|
1.Guru menanyakan soalan kepada murid.
Contoh :
2.Guru meminta beberapa orang murid mengambil keluar wang saku mereka.
3.Guru mengira wang saku dengan semua murid.
4.Guru memasuki tajuk Wang hingga 100.
|
1.Murid menjawab soalan yang ditanya oleh guru.
Contoh jawapan:
2. Murid yang dipanggil itu mengambil keluar
wang saku.
3. Murid mengira wang saku dengan guru.
|
Teknik:
Penyoalan secara kelas
|
Perkembangan
1
(8 minit)
|
Menyebut nilai wang yang
ditunjukkan
|
1.Guru menunjukkan kad nombor dan menampalkan kad nombor yang bertanda
harga RM32.70 itu di papan hitam.
2.Guru meminta murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan itu.
3.Guru menjelaskan gabungan nilai wang bagi RM 32.70 dengan contoh wang
kertas dan contoh duit syiling.
Contoh :
a. RM 10 + RM 10+ RM 10 + 50 sen +
20 sen = RM 32.70
4. Ulang aktiviti 2 dan 3 bagi kad
nombor yang lain, contoh kad nombor yang bertanda harga RM60.55 dan RM86.20.
|
1 Murid memerhatikan kad
nombor.
2.Murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan itu.
3. Murid memberi prihatian.
|
Teknik:
Penyoalan secara kelas
|
Perkembangan
2
(10 minit)
|
Menyebut nilai wang dan menampalkan wang kertas
yang tertentu
|
1. Guru menunjukkan gambar aiskrim yang telah berharga RM7.90.
2. Guru meminta murid menyebut nama barang dan menyatakan harga barang.
3. Guru meminta seorang murid menampalkan contoh wang kertas bagi RM 7.90 di papan hitam.
4. Guru membincangkan hasil kerja murid tersebut dengan semua murid.
5.Ulang aktiviti 1 dan 4 bagi gambar yang lain, contoh gambar beg sekolah
yang bertanda harga RM56.25 dan gambar baju yang bertanda harga RM84.
|
1. Murid memerhatikan gambar aiskrim.
2. Murid menyebut nama barang dan menyatakan harga barang.
3. Murid
menampalkan contoh wang kertas bagi
RM 7.90.
|
Nilai murni :
Berani mencuba
|
Perkembangan 3
(6 minit)
|
Lembaran kerja
|
1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada
murid-murid.
2. Guru membincang hasil kerja dengan murid.
|
1. Murid
menyiapkan lembaran kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.
2. Murid memberi jawapan apabila guru bertanya.
3. Murid memeriksa latihannya.
|
Teknik:
Penyoalan secara kelas
|
Penutup
(3 minit)
|
Menyebut nilai wang
|
1. Guru menunjukkan contoh duit syiling dan contoh wang kertas.
2. Guru meminta murid menyebut nilai wang.
|
1. Murid memerhatikan contoh duit syiling dan
wang kertas.
2. Murid menyebut nilai wang yang ditunjukkan.
|
Teknik:
Penyoalan secara kelas
|
Rabu, 14 November 2012
Apa itu Matematik?
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia “sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu”. Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.Pengetahuan dan penggunaan matematik asas sentiasa berada di dalam bahagian sedia ada dan penting bagi kehidupan individu dan kumpulan tertentu . Penghalusan bagi idea-idea asas adalah dapat dilihat purba di teks-teks matematik berasal dalam Mesir kuno, Mesopotamia, India Purba, dan China Purba, bertambah dengan ketelitian kemudiannya diperkenalkan oleh Yunani Purba. Setakat ini , pembangunan diteruskan dalam keadaan tidak sangat memberangsangkan sehingga Zaman Pembaharuan pada abad ke-16 di mana inovasi-inovasi matematik berinteraksi dengan penemuan-penemuan saintifik baru yang membawa kepada satu pemecutan dalam pemahaman yang diteruskan.
Langgan:
Catatan (Atom)